Monday 18 April 2011

UNSUR-UNSUR SENI

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:
  •  Garisan
  •  Rupa
  •  Bentuk
  • Jalinan
  • Ruang
  • Warna

1. Garisan 
Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.


2. Rupa 
Rupa ialah hasil pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Aplikasi melalui rupa garisan, warna dan jalinan. Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
RUPA GEOMETRIK
RUPA ORGANIK

3. Bentuk
Bentuk ialah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi dan pelbagai dimensi.


4. Jalinan
Jalinan ialah sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek dan boleh dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan pada permukaan objek alam sekeliling dan objek buatan manusia mempunyai kesan tampak yang berbeza. Tuhan menjadikan setiap objek alam dengan jalinan tertentu untuk manusia memikirkannya. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya tersendiri. Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan.
JALINAN TAMPAK

                                                              JALINAN SENTUH

5. Ruang 
Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan lebih jelas dan lebih besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Manakala dalam karya seni visual, ruang diwujudkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.


6. Warna 
Warna pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Saturday 16 April 2011

CATAN.....

Catan adalahh salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan dia atas satu permukaan.  Media basa terdiri daripada cat seperti cat akrilik, cat poster, cat minyak, dan cat gouce.  Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kettas atau kanvas.  Walaubagaimanapun, penghasilan catan tidak terbatas di atas kanvas dan kertas sahaja.  Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan seperti di atas permukaan kayu atau besi.

SEJARAH CATAN

Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia gua pada zaman purba lagi.  Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahab-bahan semula jadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan dinding gua.  Material ini dikenali sebagai " Hematik".  Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi.  Ia merupakan zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah.  Ia menunjukkan negara-negara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama.  Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19.  Ia dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat Pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik Catan Cat Air


1. Teknik basah atas basah

  • campuran warna yang basah disapu diatas permukaan kertas yang basah
  • sesuai untuk menampakkan kesan air atau awam

2. Teknik basah atas kering
  • warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering 
  • untuk menampakkan jalinan imej lutsinar pada sesuatu permukaan atau imej

3. Teknik kering atas kering
  • warna disaou tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering
  • campuran warna yang agak pekat dan likat
  • untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek
  • kesan legap

Sumber : Dipetik daripada buku Ace Ahead

Wednesday 13 April 2011

LUKISAN...

Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan menggunakan media kering. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektualan dan spiritual manusia.

JENIS LUKISAN.

Terdapat pelbagai jenis lukisan. Antaranya ialah:

1. Lukisan Figuratif


  • Penumpuan kepada tubuh badan atau anatomi manusia


2. Lukisan Kajian



  • merakamkan ketelitian pada subjek atau benda yang dikaji.
  • contoh, memasukkan unsur jalinan, cahaya, dan struktur bentuk yang terperinci.

3. Lukisan Kontur


  • lukisan yang memperjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatu permukaan bentuk
  • menggunakan pelbagai jenis garisan tebal dan nipis.
  • ia juga bertujuan untuk menampakkan imej tiga dimensi

4. Lukisan 'Gesture'/linear




  • menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.
  • dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca, atau seni grafik
  • dihasilkan dalam masa singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda, dan tangan pada objek yang dilukis.

5. Lukisan Teknikal


  • menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat

6. Lukisan Kartun


  • menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun
  • digambarkan melalui tema jenaka
Sumber : Dipetik daripada buku Ace Ahead dan internet

SEJARAH LUKISAN.....

Lukisan awal telah dijumpai di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisarkan tentang kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak


CIRI-CIRI LUKISAN GUA


~ Lukisan gua hampir sama dengan lukisan kanak-kanak
~ Lukisan gua merupakan lukisan bercerita
~ Lukisan menggunakan simbol-simbol seperti oarang lidi, binatang, dan lln
~ Biasanya menggunakan hermatik


FAKTOR-FAKTOR MANUSIA GUA MELUKIS DI DINDING-DINDING GUA


~ Sebagai komunikasi antara mereka
~ Menggunakan media hermatik (batu merah yang ditumbuk dan dicampur dengan air. Ianya sangat tahan lama)
~ Memberikan gambaran pengalaman
~ Luahan perasaan
~ Pemujaan kepada kuasa ghaib
~ Bercerita (narative art) kepada generasi atau orang yang akan datang.

             Antara lukisan dinding yang terdapat di Gua Tambun, Perak


       Sumber : Dipetik daripada buku Ace Ahead