Monday 9 January 2012

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

Menurut Victor Lowenfeld (1975) teori kreativiti yang diutarakan oleh beliau adalah satu naluri semula jadi yang di miliki oleh setiap orang sejak lahir lagi.  Naluri merupakan faktor pertama yang digunakan bagi menyelesaikan ataupun membuat pernyataan tentang masalah mengenai kehidupan.  Manakala keinginan pula merupakan asas yang mendorong seseorang dalam menyelidik atau meneroka sesuatu.  Maka tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Menurut Lowenfeid juga, kreativiti turut memberikan penekanan kepada kebolehan manusia dalam menghasilkan sesuatu teknik bagi mengolah bahan, media, serta alat.  Teori ini dianggap berkesan sebagai satu cara pembelajaran kreativiti melalui pendidikan seni.


TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI LOWENFELD


            TAHAP
                                          HURAIAN
1.    Kepekaan
  • Mempunyai kepekaan yang tinggi pada segala aspek dan situasi.  Ini termasuk mengenai keperluan kehidupan manusia, persekitaran dan pancaindera.
  • Kesedaran pada nilai-nilai estetika, keindahan dan keharmonian objek dalam alam persekitaran
  • Mempunyai perasaan yang sensitif, positif dan harmoni tentang apa yang dilihat dan yang dilakukan.

2.    Fleksibiliti
  • Berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan perubahan.
  • Berkeyakinan
  • Masalah sebagai cabaran dan peluang
  •  Bertolak ansur dan berfikiran terbuka.

3.    Keaslian
  • Berfikir dan bertindak berlainan daripada kelaziman dan kebiasaan.
  • Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan baru.
  • Mempunyai daya imaginasi.
4.    Keterbukaan, kebebasan dan kelancaran.
  • Berfikiran secara terbuka, berupaya mengaitkan sesuatu perkara dengan hal lain yang berkaitan.
  • Berkeupayaan melahirkan idea dan pendapat tentang perkara yang akan dilakukan dengan kemungkinan yang akan berlaku secara bersepadu.
5.    Keupayaan menganalisis
  • Berkeupayaan menganalisis dan mencerakinkan apa yang dilihat, dirasai, disentuh, dialami dan dihidu secar terperinci daripada sesuatu yang bersifat umum.
  • Tidak menggunakan konsep pandang pertama dalam membuat sesuatu keputusan.
6. Keupayaan membuat sintesis
  • Berkeupayaan membawa unsur-unsur/era dimensi baru yang bermakna.
  • Melihat sesuatu secara global, sebahagian dan secara terperinci serta dapat menggabungkan dalam membuat sesuatu pernyataan.
  • Menggunakan konsep member nafas baru pada sesuatu yang lama.
7.    Makna Baru
  • Berkeupayaan member fungsi, makna dan pengertian baru

8.    Ketekalan Organisasi
  •  Berkeupayaan mengolah, menyusun menggabung dan mentadbir pelbagai ragam objek dan aspek dalam satu kesepaduan yang harmoni.


sumber : Buku Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti.

KREATIVITI

Menurut Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.  Manakala menurut Kamus Webster's (1976) pemikiran kreatif ialah "the ability to bring something new existence".  definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.  Menurut John (2002) pula, "Only God could create, and whatevet He created was original man could only rearrange what God had created"
"Kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari manusia itu sendiri", pandangan ini telah di berikan oleh de Bono (1970) dalam salah satu tulisan beliau.  sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan,1989) dan (Nik Azis,1994) : "terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin 'creare' yang bermaksud 'membuat" (to make).  manakala dalam bahasa Greek pula, 'krainein' yang membawa maksud 'memenuhi' dalam bahasa Inggeris 'create' atau 'cipta' di dalam Bahasa Melayu".   Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan " People who copy concepts and ideas" sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif.