Menurut Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Manakala menurut Kamus Webster's (1976) pemikiran kreatif ialah "the ability to bring something new existence". definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Menurut John (2002) pula, "Only God could create, and whatevet He created was original man could only rearrange what God had created"
"Kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari manusia itu sendiri", pandangan ini telah di berikan oleh de Bono (1970) dalam salah satu tulisan beliau. sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan,1989) dan (Nik Azis,1994) : "terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin 'creare' yang bermaksud 'membuat" (to make). manakala dalam bahasa Greek pula, 'krainein' yang membawa maksud 'memenuhi' dalam bahasa Inggeris 'create' atau 'cipta' di dalam Bahasa Melayu". Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan " People who copy concepts and ideas" sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif.
No comments:
Post a Comment